Tuesday, March 31, 2009

.:: dey tambi..april fool la..::.

dah breakfast? blom...jawab aku..tunggu kat gate sg 2..ok..tapi aku kena gi toilet jap..aiyoo..itu le..sms dan jawapan sms antara aku dengan kawan aku pagi nie..pergi pelita kat sg 2(bahaya lani nak p tmn tun sardon..bdk2 usm suka ambik gambar..bukan utk famous tapi utk menuduh staf mengular->kira sapa keluar makan mcm ular ke?? pelik aku) pastu dalam borak2 setelah dekat 3 minggu lebih tak breakfast..sekali dia ckp..eh..DR *&*^^ dengan muka serius..aku cuak le..tue boss aku...sekali aku pun kalih le belakang ..tak nampak pun..sekali tgk muka dia..dia kenyih sampai ke telinga...APRIL FOOl!

aduh..kena aku pagi2..nasib baik tak ambik ayam goreng aku sumbat masuk dlm mulut dia..geram aku..adui..terkena juga..dulu zaman sekolah mmg 1 april nie mmg risau le..kalau setakat guna ayat tak apa..ini lawak stail ganas 18sg punya..tampar org pastu kata april fool..igt april fool leh buat suka hati ke...1 april nie pun ada 2-3 kawan aku sambut birthday..aku pernah ckp kawan aku bdk india yg dok kampung kolam (pak dia konduktor bas mppp dulu)weii..mak hang nie terberanak hang sbb terkejut kot..deii..apa pasai..ye le..kot dr kata..aiyoo..auntie..auntie nak dpt anak kembaq...terus terkejut...masuk labour room..beranak ko..pastu dah habis beranak ..dr tue ckp april fool...haha..dan seterus aku kena hambat satu bangunan kat sekolah rendah....

Monday, March 30, 2009

.:: Mazda kereta bapa ku ::.

Ala..sorry geng..lama tak update..banyak citer tapi aku lak jadi sibuk (atau menyibuk)..esok ada meeting pagi2 lagi..aku kena siapkan data utk meeting pastu kena ready sblm 10 April nie...sbb ada workshop...

baru nie aku balik kedah..kak ipar bersalin..yg terkejut beruk aku..dapat panggilan 2.30 pagi (dalam hati benggang le..baru aku dok mimpi kawin lain sekali kacau daun bunyi telefon..)adik ipar aku call..dengan nada mcm benggong aku pun jawab le..yes, can i help u..adik ipaq aku terus kata..weii..abg anas..sihat ka...hahhaa...ye la..dah baru bgn tidur kan..pastu dia ckp kak ipar dah bersalin (dalam hati aku..sms je le..ish..heheh)pastu dia ckp mak (mak mertua aku) yg sambut..kira jadi bidan..terus mata pun jadi mcm superman nak kluarkan cahaya supernova...mak sambut..fuhhh..dasyat...depa ckp dah p hospital sblm tue..depa suruh balik..sbb konon blom masanya lagi..sekali balik..terus kak ipar nak beranak..mmg terkeluar dgn senangnya..panggil bidan..tolong mai potong tali pusat..nasib baik uri pun dah kluar sekali time tue..esok bawa pi hospital...bdk kena tahan..tapi tak habaq apa2..cuma kata dr tak tgk lagi..punya le pelik..aku syak depa takut le..tue jaga sungguh..ye le..dr suruh balik..pastu beranak..kalau sini depa dah tahan dah..kalau tak sampai masa lagi pun...ish..mcm mana le depa jadi dr...

p/s: sapa pernah beranak kat rumah? mak aku ckp aku yaris beranak dlm kereta...:)..kalau tak nama aku ahmad mazda kot??

Monday, March 23, 2009

.:: luna mesti pernah tgk citer nie ::.

aku cukup suka kartun nie...haha..layan time aku dok tgh mengantuk nie

Friday, March 20, 2009

.:: aku ok ke tak?? ::.

Ya Allah..my feeling’s getting down….worsen each & every day. Aku dulu kira macam a very …very happy person (betul ke??) enjoying life..but now..i’m totally different.. words surely cannot describe precisely how i feel at this time...cewah..jadi sentimental lak aku...ok le..sambung keje

Thursday, March 19, 2009

.:: kau boleh..::.

ini percubaan aku dgn you tube..dah le usm block you tube..akibat pengaruh kawan aku..sapa lagi kalau bukan Luna..sapa le lagi



lagu nie best sangat..teringat zaman aku upsr...time malaysia menang thomas cup (badminton le beb...)korang kira sendiri le tahun bila..kalau pi je motivasi..mesti depa pasang lagu nie..by the way, aku tak tau pasal apa depa letak propoganda.aku pun suka lagu nie.aku pun main ambik you tube je...layan je..ok...

p/s: tambahan..aku masuk lagu sudirman..Luna..wa..tarak tiru...hahahhaa


.:: kecewa atau dikecewakan?? ::.

waa...siap satu keje..byk lagi aku kena buat..ceh..igt le h releks sikit..semlm sambil buat keje aku layan citer wanted..gile apa..buat keje sambil tgk cd.oppss..dvd....tapi aku sambil2 je tgk..yg aku buat sebnarnya dgr je..hahha...lani nak kejar impian pulak..pagi2 bini aku sound..tak yah tunggu lagi..kena p carik..pastu siap dok sembang dgn student sini pasal bab keje..hmm..aku betul kecewa ke? sat g org cakap tak kenang budi pualk..haiyooo...byk leceh woo....

.:: balun je ::.

RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang suspek warga Arab selamba mengambil wang dari kaunter sebuah stesen minyak di Teluk Sisek, Raub malam kelmarin
gambar ini kredit kepada KOSMO ONLINE (www.kosmo.com.my)

5 pelancong Arab ditahan didakwa pukau juruwang..tue le tajuk kat kosmo online...ish...benda nie bukan baru tapi mmg aku tau dan ada family aku pernah kena...mcm mana depa buat..selalu depa nak tgk duit..atau beli barang atau minta pecahkan duit..mmg bahaya..licik...cara diaorang pukau tak tahu le mcm mana kan...tapi kesian le sapa kena..sbb mcm kes dlm paper..dia keje sebagai juruwang..selamba je ambik duit..apa le jadinya...aku kalau jumpa depa nie ..mmg minta jangan setakat lokap...sebat...pastu hantar balik...itu kalau aku le..ahahahha...pandangan peribadi.....pada sapa tak baca..meh aku tlg letak sini..igt yer..bukan aku tulis..kredit kat
KOSMO ONLINE...TK
5 pelancong Arab ditahan didakwa pukau juruwang

Oleh : HAFIZ ABBAS


KUANTAN – Kegiatan pelancong keturunan Arab memukau serta menyamun yang semakin menjadi-jadi di beberapa negeri di Pantai Timur akhirnya bertemu buku dengan ruas malam kelmarin.

Semuanya gara-gara tindakan seorang juruwang yang ‘tersedar’ daripada pukau selepas kira-kira 30 minit kedai runcit tempat dia bekerja di Hentian Rehat dan Rawat (R & R) Gambang di sini dijadikan sasaran sebuah kumpulan pukau.

Mangsa yang berusia 24 tahun itu terus menelefon polis. Hasilnya, tiga lelaki dan dua wanita berusia 14 hingga 23 tahun ditahan di sebuah stesen minyak berdekatan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, kejadian pukau dan samun di kedai runcit itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam membabitkan tiga lelaki dan dua wanita keturunan Arab.

“Seorang suspek menghampiri kaunter dan berpura-pura hendak tengok duit kertas RM100 tetapi tidak diendahkan oleh juruwang.

“Mereka kemudian membeli rokok dan sewaktu menyerahkan kotak rokok itulah mangsa mendakwa dia terasa dipukau,’’ katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam.

Kira-kira setengah jam kemudian, mangsa tersedar dan mendapati wang tunai RM200 dalam mesin juruwang telah hilang.

Kamaruzzaman berkata, siasatan mendapati kumpulan pelancong itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Tambahnya, kesemua pelancong itu ditahan reman empat hari mulai semalam untuk membantu siasatan.

Kes pukau dan samun membabitkan kumpulan yang didakwa warga Arab berleluasa akhir-akhir ini, antaranya kes sepasang warga Arab menyamun RM250 dari sebuah stesen minyak di Teluk Sisek, Raub dua hari lalu.

Wednesday, March 18, 2009

.:: dari dok wad gila boleh jadi Dr?? ::.

arghh...stress...sekali boss sound da..mana report? apa perkembangan? apa nak laporkan nanti..mampos aku...dah ada dateline utk aku..salah aku juga..tangguh keje..entah le..nak kata tangguh pun aku bukan tak buat keje..berlambak keje...cuma bhgn tue je aku tangguh..dulu boss aku pun tau..aku nie jenis bg keje apa..mesti dia belasah punya..cuma lately benda tue tak jadi dah kat aku..sejak kenangan hitam melanda aku..aku jadi malas..tak nak ambik tau..mcm nak kata frust pun mungkin..ye le..kita manusia biasa...kalau kita buatkeje tapi paling kurang pun terima kasih pun tak ada..jadi hampeh le kita nie..tapi nie bukan boss lani le..actually boss aku lani baik and bagi aku boleh jadi role model utk aku..cuma aku je jadi tak betul dah..lani...kalau depa bg tugas..aku masih bekerja tungkus lumus...balik je..family aku marah..apa aku dapat? aku cuma jawab..Allah tahu..ringkas je jawapan aku..padahal family aku tahu aku pun dah downgrade bila dilayan begini..buat kejer sampai stgh mati..at last..tak ada apa²...bukan le nak puji..aku leh tolong dan bantu organisasi utk capai objektif..cari masalah dan selesai..buat bajet..tapi aku sendiri tak leh settel apa dlm kepala otak aku nie..ish..apa nak jadi ek..takkan nak jadi Patch Adam kot..hahaha..tak gitu Luna??

Monday, March 16, 2009

.:: kerja?? ::.

apa le hala tuju aku lani?? korang tahu halatuju korang? ish takkan aku nak kena buat LFA kot? dgn KPI nak ken atgk..ceh..apa kelas...aku lani dah 30...keje masih tak tetap..anytime boleh kena buang...gaji asyik basic je..bukan le aku nak komplen (aku masih setiap waktu bersyukur) tapi aku hairan mcm mana nak dapat keje tetap?? atau aku ditakdirkan bukan untuk ke arah apa yg aku kejar utk tetap? mungkin aku terlupa pandang pada satu sudut lagi?? aku ada bincang dgn Luna..nak sambung tak Master...3 benda yg serabut kepala aku..duit..masa dan malas...actually malas nie jadi sbb aku takut...hahha...takut sblm gagal yer..apa..korang igt gagal nie mcm frust bercinta ke..gagal nie mampuih le korang..kalau takat cinta..aisey..bunga bukan sekuntum le beb...kalau setakat taik ayam..baik carik rose..kan.kan.kan..hahha..apa le aku merapu nie..so, any comment???

5S (methodology)

5S (methodology)- From Wikipedia, the free encyclopedia

-dari email sahabat ku Puan Luna (Kak Luna)

5S (sometimes called 5C) is a reference to a list of five Japanese words which, transliterated and translated into English, start with the letter S and are the name of a methodology. This list is a mnemonic for a methodology that is often incorrectly characterized as "standardized cleanup", however it is much more than cleanup. 5S is a philosophy and a way of organizing and managing the workspace and work flow with the intent to improve efficiency by eliminating waste, improving flow and reducing process unevenness.

What is 5S?
5S is a method for organizing a workplace, especially a shared workplace (like a shop floor or an office space), and keeping it organized. It's sometimes referred to as a housekeeping methodology, however this characterization can be misleading, as workplace organization goes beyond housekeeping (see discussion of "Seiton" below).The key targets of 5S are workplace morale, safety and efficiency. The assertion of 5S is, by assigning everything a location, time is not wasted by looking for things. Additionally, it is quickly obvious when something is missing from its designated location. Advocates of 5S believe the benefits of this methodology come from deciding what should be kept, where it should be kept, and how it should be stored. This decision making process usually comes from a dialog about standardization which builds a clear understanding, between employees, of how work should be done. It also instills ownership of the process in each employee.In addition to the above, another key distinction between 5S and "standardized cleanup" is Seiton. Seiton is often misunderstood, perhaps due to efforts to translate into an English word beginning with "S" (such as "sort" or "straighten"). The key concept here is to order items or activities in a manner to promote work flow. For example, tools should be kept at the point of use, workers should not have to repetitively bend to access materials, flow paths can be altered to improve efficiency, etc.

The 5S's are:

Phase 1 - Seiri (整理) Sorting: Going through all the tools, materials, etc., in the plant and work area and keeping only essential items. Everything else is stored or discarded.

Phase 2 - Seiton (整頓) Straighten or Set in Order: Focuses on efficiency. When we translate this to "Straighten or Set in Order", it sounds like more sorting or sweeping, but the intent is to arrange the tools, equipment and parts in a manner that promotes work flow. For example, tools and equipment should be kept where they will be used (i.e. straighten the flow path), and the process should be set in an order that maximizes efficiency.For every thing there should be place and every thing should be in its place.(demarcation and labeling of place)

Phase 3 - Seisō (清掃) Sweeping or Shining or Cleanliness: Systematic Cleaning or the need to keep the workplace clean as well as neat. At the end of each shift, the work area is cleaned up and everything is restored to its place. This makes it easy to know what goes where and have confidence that everything is where it should be. The key point is that maintaining cleanliness should be part of the daily work - not an occasional activity initiated when things get too messy.

Phase 4 - Seiketsu (清潔) Standardizing: Standardized work practices or operating in a consistent and standardized fashion. Everyone knows exactly what his or her responsibilities are to keep above 3S's.

Phase 5 - Shitsuke (躾) Sustaining the discipline: Refers to maintaining and reviewing standards. Once the previous 4S's have been established, they become the new way to operate. Maintain the focus on this new way of operating, and do not allow a gradual decline back to the old ways of operating. However, when an issue arises such as a suggested improvement, a new way of working, a new tool or a new output requirement, then a review of the first 4S's is appropriate.

A sixth phase "Safety" is sometimes added. Purists, however, argue that adding it is unnecessary since following 5S correctly will result in a safe work environment.


There will have to be continuous education about maintaining standards. When there are changes that will affect the 5S programme -- such as new equipment, new products or new work rules -- it is essential to make changes in the standards and provide training. A good way to continue educating employees and maintaining standards is to use 5S posters and signs.

Sunday, March 15, 2009

.:: breakfast ::.


ini gambar hiasan je..aku tak ada le makan mcm tue..gila ker..mahal tue...

pagi tadi aku breakfast kat kedai mamak pelita (bukan hari nie je..dah regular pun...)..aku terperasan yang semua staf bukan org malaysia..wow...hebat juga kedai tue..aku rasa bukan pelita je..korang pi subaidah ke..nashmir ke...kayu ke..semua org dia kemungkinan besar bangla...tadi ada org tanya..ehh tue melayu kan?? aku pun perati le..ehh..muka melayu...tapi sekali dia mai nak ambik order ayaq.."bang...mau minum apa?" ler..indon rupanya..ceh.....hairang aku yer..tokey dia org mana??

.:: cemerlang ::.




Adik Madihah bersama mak dan ayah..aku tabik dgn parents adik Madihah.. (gambar dari UTUSAN ONLINE)




Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal bukanlah satu nama yang asing..rasa dalam minggu lepas sebelum SPM diumumkan, dia hanya seorang gadis yang tinggal di dalam rumah serba kekurangan...sekelip mata beliau menjadi tumpuan..aku tumpang bangga sbb seorang yang di dalam kehidupan begitu berjaya cemerlang...cerah masa depan dia..bukan saja dia..keluarga dia pun tumpang rezeki ini...semlm aku tgk tv ramai yang datang utk beri bantuan kepada kelaurganya termasuk rumah baru..bagus le..aku harap yang lain..walau pun tak secemerlang dgn A yg banyak seperti dia, tapi masih di dalam kategori cemerlang utk digilap dan dibantu...

Dalam keadaan sekarang, aku boleh bayangkan betapa seronok mak ayahnya mendapat anak sebegitu baik dan cemerlang..solat dan dorongan ibu bapa serta ilmu dari guru tak pernah dia lupa setiap kali ditanya, pasti jawapan ini diulang...paling utama solat dan doa kepada Allah..dari sekolah agama terlahirlah gadis cemerlang ini.cuma ingin aku berpesan kepada adik Madihah...harap tidak lupa asal usul, jangan mudah terpedaya dgn duniawi ini...semoga anda terus cemerlang.AMIN...
p/s: 2 biasiswa satu pinjaman..kalau korang pilih mana???

Thursday, March 12, 2009

.:: apa kelas bawa motor ::.



Korang pernah ada motor..atau pernah bawa motor? atau bonceng?? yes..aku rasa majoriti rakyat malaysia tak kira kaya sederhana miskin mesti pernah naik motor...aku tak leh lupa masa 1st time dpt L..dah le sebelum tue abang aku p sambung belajar..tinggal le motor Yamaha 100 sport kesayangan dia kat aku...dgn tak ada lesen, aku bawa je kat kawasan perumahan..tak berani keluar..dah berani sikit baru aku kluar tue pun nak isi minyak..pastu cepat2 masuk balik ke taman...masa aku tingkatan 4..lepas birthday aku terus aku pi ambik ujian (aku pi kursus dlm bulan 3)..dan alhamdulillah lulus..terus dpt L..apa lagi beli L yang gantung (nak mampos..abg aku tak bg le lekat2 kat motor a.k.a bini dia tue)...so..aku pun jadi rider dgn bangga aku kat sekolah jadi org kedua ada lesen L...tak sampai sebulan aku dah dapat lesen penuh..tak yah buh L dah dan benda 1st aku baut..bawa mak aku pi makan mee kat kampung makam..fulamak..sedap woo..sbb sblm tue dlm thn sama...bapa aku kena g kursus kat KL..tinggal kami berdua je..aku pun kira malam je dah ada duit bapa aku tinggal ajak mak aku pi makan mee kg makam (time tue mmg sedap)..naik bas depan McD jalan masjid negeri..malam2 woo..haha..naik bas..balik pun bas...so, aku dpt lesen senang le sikit..nak bergerak..

aku pi sekolah selalu jalan kaki..kdg2 je naik motor..tapi time tue syok..korang buh seringgit pun dah boleh p sampai tg tokong...aku masa form 5..lepas pindah ke seberang baru aku regular guna motor tue...sampai habis spm..abg aku pun ambik motor p kl..ahaha..masa aku masuk lower six..time tue le parah..naik bas..tapi time tue aku dah ada lesen kereta..cewah..time tue pun mula kena guna P..tapi aku tak yah sbb dah ada lesen full sblm nie...masa belajar kolej..guna mazda bapa aku kejap..utk sthn then masuk ukm..parah balik..ko bayangkan le..bas tue bawa org sampai jadi senget dan selalu aku le yg tergantung kat luar mcm konduktor bas suruh org masuk2...then kakak aku yg sulung dan no 2 bg pinjam duit..beli motor..modenas kriss 110..sampai hari nie masih berjasa dgn aku walau aku dah ada proton wira....sorry le gambar tak ada....pernah ambik tapi kena godam dulu..nanti jumpa aku tunjuk...

Wednesday, March 11, 2009

.:: 6 org utk pasang satu unit penghawa dingin?? ::.

Semalam paling lucu buat aku...korang try pikir sendiri..logik ke atau lawak ke.....2 hari lalu..sekumpulan 6 org geng nak pasang aircond baru..dalam 2 H power...tak le besar..dah ekat tghari..ok..pastu pasang2..drill buka kota aircond...pastu sblm kul 5 balik..aku ushar bilik tue igt dah ok..sekali baru gantung aircond je..apa benda wayar tak ada lagi...paip apa pun tarak..yg part satu lagi masih dlm kotak..ok fine...esok..mai dalam kul 11..siap dah makan..dgn air sirap dibawa bekal..buat drill lagi...sampai ptg kul 7 baru balik..kira settel..yg aku musykil..buat satu je..pekerja 6...dan aku nampak 2 org je buat keje..sorang tukang sembang..sorang lagi tukang pegang tangga...2 lagi aku tak tau depa buat apa..mmg dok melangut je...dan semua MELAYU...adui...tension aku tgk..nasib baik bukan boss depa...nasib baik geng Bangla tak reti buat LAGI benda2 aircond nie..mana tau satu hari nanti depa boleh buat...time tue baru nak marah org lain..konon tak ada keje sbb bg kat Bangla..ehh..aku pun sama yer..berblog..haha..tapi aku type masa free sambil buat keje..kat word pastu paste kat blog..kan cepat masa...

.:: nilai sahabat dan rakan kerja?? ::.

kuasa boleh buat org jadi gila...gila kuasa..betul cakap setengah org, kalau lelaki diberi 3 benda mungkin akan lupakan diri dia...Perempuan/Wanita/Gadis (yang tulen le..bukan yg lady ada bird), DUIT/HARTA/ASET dan KUASA....tue setengah payah nak lepas kuasa kalau dah sekali merasa..mcm lain pun le..dah 'rasa' mampos dah nak lepas... tue satu le..tapi bukan semua mcm tue..dalam keadaan mcm nie aku paling kesian kalau org tak menghormati org yg dulu ada kuasa...kalau sebelum nie punya ampu sampai ayaq (org utara cakap utk air) penuh pun tak tumpah punya..pujian selalu..tapi sekali dah tak ada kuasa..muka pun tak pandang...aku yang tak ada kuasa nie pun org boleh buat mcm tue..ish..ish..mungkin Allah nak uji aku kot..sblm betul2 berjaya satu hari nanti igt dengan benda-benda mcm nie...jangan kata nak cakap..nampak pun leh buat2 tak nampak dah...kerja yang aku buat dulu rasa tak dinilai..cuma masa diperlukan dijaga dan dibelai..entah le dunia..ooh..dunia...

Tuesday, March 10, 2009

.:: nak tolong tapi tipu le pulak ::.

korang perasan tak kalau lalu jambatan, highway atau jalan-jalan utama yang sesak pasti ada orang dok berdoa yang kita atau kenderaan lain (terutama kereta) untuk accident?? itu le kerja tonto (tolong org dan tipu orang)...geng2 nie akan naik motor sambil pakai jaket workshop utk tarik kereta...ramai geng depa nie dan akan di station di setiap berapa KM...lagak mereka kadang2 mcm samseng dan kadang2 macam polis..bawa motor laju dan merbahaya kepada kita...kalau accident je pasti pecut walau di arah bertentangan..fuhh..mmg dasyat...pastu yg jadi jem sbb dok berunding di kalangan mereka sendiri nak rebut kereta tue..kdg2 accident sikit tapi pujuk rayu dgn kata tak leh bawa le ..dah rosak le..bahaya nie..enjin boleh hangat..padahal peceh lampu depan dan kemek sikit bonet..takkan le tak leh nak pandu lagi..pastu ada yg lebih esktrem sanggup tarik wayar kat mana ntah utk tunjuk temp. jadi hangat..ada member aku pernah kena..ini orang-orang yang sanggup berdoa accident...utk dapat duit mudah...tue tak kira kalau yang meninggal...
p/s:
yg geng tukar tayar nie pun ada kaki..korang jangan le sebarangan naik jambatan nak carik bisnes mcm tue..pasti kena pukul...aku hairan..paku (mmg dulu dah ada kes sampai report polis) sentiasa ada...pastu bygkan le.tayar pancit..tukar tube...kena rm20..hentam je..bg tube paling bodo dalam dunia nie..elok ko sampai pejabat..dah angin kluar balik..bukan sbb kena paku..tapi kualiti tube yg mmg tak tahan dah..aku harap manusia macam nie carik duit tak ikhlas..moga dibayar dgn tak keikhlasan diaorang nie...

.:: lompat katak satu gelanggang takraw ::.

ada org ajak aku berblog secara berpuisi..bersajak atau kata lain lebih kenapa bahasa-bahasa berbunga yang penuh bermadah...aku jawab apa? aku bukan tak reti bahasa-bahasa gini..cuma aku tak berapa minat ke arah sentimental...walaupun setengah daripada kawan-kawan aku nie akui aku boleh merajuk tapi aku tak berapa minat bersajak...pernah masa sekolah kerana terpaksa buat sajak dlm BI..poem..aku pun buat...ikut dan merapu tapi penuh maksud le sbb aku tuju poem tue pun bertempat..last-last boleh masuk pertandingan dalam sekolah lagi...aku mmg malas bab tue sbb mungkin aku bukan lelaki 'jiwang' kot??
p/s: aku ada baca blog mazidul...ada ke diaorang boleh gantung 'kemaluan' kat kipas bilik darjah..kira geng buli dan gangster punya kerja le nie..ish..ish..apa nak jadi..aku igt zaman aku sekolah..mmg kawan-kawan aku tau cara aku jaga kelas...cikgu sampai tabik kat aku...hahaha..padahal aku gunapakai cara sendiri...sapa bising aku ada kuasa utk mulakan penyepak...haha..ganas siut..mcm tue le nak jaga budak sekolah laki...masa aku jadi guru sandaran..lagi senang..aku beli puting getah byk2..buattali..sapa bising aku mula dgn gantung sebagai amaran..kat leher je..bising sekali lagi sumbat dlm mulut.....kalau bising juga..lompat katak satu gelanggang takraw..masuk kelas..sure penat..dok diam..:D

Monday, March 9, 2009

.:: jiran ::.

tetiba aku terjumpa lagu AWAS dari KRU...lama dah woo.seingat aku famous masa aku form 3..tahun 2004 kot...aku igt lagi lagu nie sbb aku beli kaset (ori lagi) utk sorang pompuan yang aku syok...hehe..aku tak minat KRU pun..mahal woo geng..zaman tue kaset pun..sbb tahu dia minat lagu-lagu tue...sekali mak dia tahu aku dok sembang dgn si dia nie..esok dia carik mak aku...bgtau mak aku..aku igt nak kena marah..rupanya mak dia suka kalau aku satu hari nanti ada jodoh dgn dia..hahhahaha...dia? jiran aku..perghh...tak leh le lepas tue..gaduh satu taman tahu nanti...ahaha...
Awas
Tidak pernahkah kau rasa
Kesepian bila
Dia tidak disampingmu
Sesungguhnya arif dan tahu
Cintanya dua
Dan kau bukanlah pertama
Walau di curah segalanya
Tapi tenteramkah di minda
Pendapatmu usia tak material
Walaupun dua kali gandamu
Benarkah, benarkah kau menyintainya
Ataupun kau berpura
Semata hanya kerna harta
( korus )
Awas
Awas
Awas
Gerak langkahmu..ooo..
Sememangnya benar
Kau wanita jelita
Zahirnya dikau sempurna
Jadi idaman jejaka
Dia berkeluarga
Bukan lagi rahsia
Mestikah kau terus bersama
Mestikah kau terus menggoda

.:: the Fog - bukan frog ::.

semlm hujan lebat dasyat betul..aku bawa kereta dari kedah ke seberang pun leh tahan..lebat giler...(tapi aku tak gila lagi le..)kecut perut aku bila tetiba org pakat brek..rupanya ada accident...dekat kul 6 baru sampai..malam aku lena..dgn kesejukkan
pagi nie nak p kerja terkejutr beruk le pulak..igt asap mai pada kereta aku..rupanya kabus..time-time nie aku teringat citer the fog...wow..gerun woo..mmg atas jalan tak nampak..kluar kawasan permatang pauh nak p seberang jaya dah ok sikit..aku lepas hantar anak aku..kluar ke jalan besar...nampak geng2 kabus mai kot situ pulak..habis le..rupanya baru nak sampai situ..aku pun speed le..sekali kat papan tanda elektronik jambatan tulih KENDERAAN PERLAHAN...adui..mmg betui..masuk jambatan keter jalan pelan2..hampeh..lenguh kaki aku tekan clutch..time nie le menyesal beli keter manual..berlagak konon..tak macho pakai auto...last..dari 7.30 aku sampai belah sana 8.00..perghhh..leguh beb...

.:: kenduri kahwin ::.

kelmarin petang aku baru sampai dari kodiang kedah.balik kanmpunag kejap..dah sebulan lebih tak balik..tengok anakku yg demam..jumpa aku terus ceria melompat2....memang letih juga le aku pun kat sana..cuma keluar pergi kenduri kat kampung sebelah je...save minyak..balik pun cukup2 jer...tapi lawak kenduri nie..dah aku pi 12 tghari..nak kata ramai tue boleh tahan je..sekali aku dgr dioarang dok riuh " wei..pinggan tak cukup woii.." aku pun perati le pinggan aku pegang..takkan nie yg last kot? mana pi semua pinggan...org tak cuci ka....sambil beratur..dengan penuh kesabaran aku tunggu..rupanya tak ada sistem beratur depa nie..main masuk ikut sempat je..aku pun apa lagi..cilok juga lepas tue...ok le..aku p nak duduk..aiseyman..pak mertua aku dah sitdown kat port sempoi..dia lupa kat aku (ceh! bab makan..lupa menantu) aku dpt ler port..cuma tak best kerusi lak tak ada...pakcik tue leh kata..tue..bdk2 tindan kerusi banyak..ok le aku boleh forgive..bdk2..mana nak sampai kat meja makan kan?
aku pun p le kat tempat pompuan..yg berlambak kerusi..tanya sorang kak...kak, ada org tak...dia nagguk sambik nasi ada kat bibir dia..ok tanya next2..sama juga..aku mula hangin..aku ushar ada satu kerusi baik punya (aku rasa geng buat air punya) aku pun ambik je..sambil makan pak cik tue dok ulang lagi..aku buat dek je..sambil tue sempat le dok mengata..hampeh pak cik..yg pak cik duduk atas kerusi tue lama2 tak reti nak bangun ka..org lain nak duduk..dah le makan dah..makan aiskrim dah..rokok dah..tak reti ke..kot buat keje siu lain le..geng2 dia pun ada 2-3 org mcm tue..semua dok depan aku releks je..mana kerusi tak ada??..aku syak depa nie le di assign - kan utk basuh pinggan..apa daaa...

Wednesday, March 4, 2009

.:: trip sungai sedim 3 + penyerahan anak angkat ::.

ok..aku baru dapat gambar tambahan...dari kawan-kawan di IO..






.:: kereta biru proton iswara pakai uniform motorola ::.

pagi-pagi aku dah naik angin..mana taknya...ada kereta dok buat racing depan aku..cilok sana sini...dah le pakai baju motorola..mcm le dia sorang je lambat..aku lagi lambat..releks je..hahahaha..aku pernah dgr org cakap elok marah hilangkan stress..carut pulak macam mana yer??

.:: tulis nama dan sign sini ::.

best giler bilik aku hari nie..setelah duduk sini hampir setahun lebih..baru le ada org nak mai vakum carpet bilik nie..nyaris je aku pun nak bawa vacum cleaner mak aku punya..hahha.. TQ pakcik...respect pak cik nie le..dah berum,ur..tapi buat keje tabik le..last dia minta aku autograph..hahha...jumpa lagi pak cik...

Monday, March 2, 2009

.:: budak jepun ::.







ini dia TOMOYO ITO..adik angkat aku..duduk dgn bini dan anak sulung...nampak kecik..tapi boleh tahan kuat makannya..pedas pun boleh makan..nasi kandaq aku tak payah bawa le..sbb mmg depa dah pekena pun..malam 1st aku bawa makan mee udang..dia balun 2 pinggan..perghh..dasyat...anak aku mmg rindu dia...panggil KAKAK kat dia..dah dia faham..aku ada bg present kat dia ..yg lawak dia bg makanan dia kat aku..aku nie boleh le makan sekali sekala..org lain boleh muntah woo..ahaha..by the way..muka dia tak mcm jepun kan?? lebih kepada korea..nanti aku dapat lagi gambar daripada org kat pejabat nie aku letak kat blog nie lagi..aku tak ambik gambar sgt time tue...

.:: trip sungai sedim 2 ::.

balik je drive pun mengantuk gile...sampai dah 3 lebih..baru nak letak kepala..letih..aku suruh budak tomoyo pi mandi ke atau nak tidor/berehat...anak-anak aku semua dah pengsan dari dlam kereta lagi dgn si mak-nya sekali pengsan..baru terlelap sat sambik merayau mimpi aku kawin lagi...tetiba bunyi hp..ceh...depa nie tak sampai-sampai lagi ka..then aku baca sms yg bunyi dia lagu nie "...kena keluar cepat kalau tak takut lambat..jambatan jem..." perghh..ayat sakit hati..aku pun p le bilik air mandi..tgk dah kul 4.05 ..aku suruh wife aku kejutkan tomoyo..tgk2 sat je bdk nie dah ready..rupanya depa nie mmg jenis tak mandi (kat sana sejuk ot)..so, sehari sekali je mandi..(ke takut ayaq..mcm kambing le pulak)...aku pun keluar dgn dia..mula-mula plan..aku nak p dgn family pastu depa lena..kesian pulak..lagi pun risau aku..benda nie (prog) habis lewat - dan mmg kerisauan aku jadi kenyataan malam tue...masuk je jambatan..aku pun bawa dgn laju maksima depa bg..tgk kiri kanan..mananya jem tue..jem kaya pun tak ada nie pun jem roti...15 minit dah sampai usm..tercegat aku...bara le..igt jem..sekali tak..time tue hujan dok mula turun dah..aku pun pi pejabat yg depa patut kumpul..aik tak ada org pun..
aku pun call..depa ckp pergi dewan budaya..pi sana org tengah berlatih..aik..aman nie..pastu dgn calal apa semua..dlm 20 minit baru ada student yg handle diaorang nie dtg...baru le lega aku..sbb takut juga le...geng2 parents lain baru mai lepas tue..dgn hujan lebat..
call le sahabat aku si Mogeswary Muthusamy aka MONA...ajak makan..ceh..ada tetami hari sabtu le pulak..depa nie tak reti dok senyap2 kat rumah ka???
pastu program start kul 8..aku pun p le makan (lapaq gila...) pastu basuk kereta..pi dekat masjid..solat maghrib..terus ke dewan budaya...mona call..ajak makan..tapi ada tempat mana ntah..aku ckp sampai sagt g kita kluar..aku pun nak masuk kejap je...
masuk je dewan depa bg aku dok tempat vip...tapi ramai gile (pak arab le) siap dok menari-nari lagi..aku kalau ada undang2 bg aku tembak depa nie..dah lama aku guna machine gun..berkecai kepala otak depa..meluat kau..kul 8.15 tak start lagi..mona dah sampai
mampuih aku..nak kaur tak leh pintu depa ada org utk persembahan pembukaan..last 8.45 baru mula..kul 9 aku cargas..pi makan mee...sampai kul 10.30 aku p balik..sekali tgk depa nie tak habis lagi...adui..11 lebih baru habis..dah makan pulak..kul 12 aku siap kata jom.....aku siap bagtau.takut jem sbb kdg2 depa tutup bagi kren lalu..tgk2 mmg betui..aku sampai rumah 1 lebih..adui mengantuk gile..sampai aku rebah atas sofa sampai cerah (alamak...miss subuh..)

.:: Trip Sungai Sedim 1 ::.

ok..aku nak borak sikit pasal Sungai Sedim...tempat perkelahan dan aktiviti riadah...memang menarik kat sana tue...baru nie, aku yg suggest dekat staff usm yang handle program bdk-bdk Jepun nie..sbb aku dah ambik sorang budak jepun jadik adik angkat..so, kena buat aktiviti le...setelah semua setuju..kami berempat pun pakat le agih apa yang patut...
dalam pada tue aku bagitau diaorang aku nie pi dulu sekali je..2 thn lepas..tue pun org bawa..yg aku igt jalan ke sana mmg teruk..pastu boss diaorang bagitau kat aku balik yang kawasana tue dah ok..oohh..lupa..aku kena bawa barang nak bbq...ada yg bawa air..makanan nak bakar..kek etc..

so, waktu depa dah janji pukul 10 lebih geng penang dah tunggu kat secret receipe lunas (aku geng seberang..haha..sbb aku je yg dok belah sini)..aku pun bawa...punya le pulun semlm carik dlm internet kot ada peta tapi hampeh betul..semua gambar org picnic ada le..
so, aku pun control machol le (mana taknya..semua yg pi pompuan..dah le masih bujang lagi dan cun..hahaha..) ...mula2 jumpa ulu paip (aku lega sikit) mmg aku tau kawasan nie..pastu jumpa gulai ayam periuk besar (restoran)..waaa..dah makin dekat..kira dah lega...sekali ada bdk dari kereta belakang aku call bgtau kalau ada tempat jual seluar dan baju nak singgah jap sbb bdk jepun sorang nie tak bawa pakaian lain...aku hairan gak..aku dah pesan juga bdk jepun yg duduk dgn aku nie ..tapi dia buat mcm dek jer (oo..ye..nanti aku citer pasal dia tue)...
so, sampai satu kedai..ada jual t-shir..seluar..yg bestnya aku le yg pi beli dulu t-shirt..okle gak..ada trade mark sedim..yg jepun tue bdk laki je beli..yg pompuan mmg tak mau..ok le ..aku faham..sbb depa nie jenis tak suka mandi..hahhaha...
ok pastu..naik sikit..aku baru perasa tempat aku pi dulu..sbb kalau pi lepas dari situ dah kira tak sesuai utk bdk2 dan family le..sbb arus deras dgn air dalam..so, kena patah balik sbb terlepas simpang..tapi mmg best le..jalan dia dah ok..mmg senang sangat...
sampai dlm kul 11 lebih..so, bersiap le angkat barang dan cari port sesuai...aku pun pasang tempat utk bbq dgn arah..terus anak aku ajak mandi..aku pun p le..punya le sejuk..ketaq aku...aku letak air dlm botol pun ada wap sejuk..tue dia..pergh...tghari tue..kalau korang suruh aku gi mandi situ kul 6 ...igt pagi esok ada org jumpa aku tersangkut kat akar kayu tanpa nyawa dah..mcm citer titanic...hahaha..cuma tak berasap le mulut...
geng pompuan semua tlg masak..aku tlg makan..tapi mmg cantik..pukul 2 lebih kami pun beransur sbb ptg tue depa nie ada program kat usm..kena ada sana kul 6 ptg...kita sambung sat..kita minummmm dulu...haha..kat bawah nie gambar2 sedim..sempoi tak...






Sunday, March 1, 2009

.:: mati kutu... .::

wei..hari aku blur? nak buat citer apa ek..nak citer pasal jepun nanti dulu..sbb gambar tak transfer lagi...kalau ada gambar baru best story...uiks..lupa..bab2 transfer nie isu sensitif...hehe..nanti tak pasal2 ada yang tulis blog jantung dia degup 145 bukan 144 seminit dah...