Bulan nie banyak betul sambutan ek..rasa baru je sambut hari ibu..dan hari ini hari guru...aku dengan seikhlas hati mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku tak kira guru di sekolah atau pensyarah di universiti..bagi aku ..mereka semua adalaha guru termasuk yang ajar mengaji...selamat hari guru buat guru-guru ku di Tadika PERKIM (1985), Pulau Pinang (depan Hospital Besar Pulau Pinang); Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Lanchang, Pulau Pinang (1986-1991); Penang Free School (1992-1996/97); Kolej SAL (Kolej Yayasan Bumiputera Pulau Pinang) (1997-1998) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2003)..dan juga Allahyarham Ustaz Mat Besar yang mengajar aku mengaji dan juga Arwah Mak Cik (isteri Arwah Ustaz)...aku dulu belajar mengaji kat Masjid Negeri Pulau Pinang...Tanpa anda semua..mungkin aku tak ada di sini berbekalkan apa yang kalian semua berikan kepada saya..terima kasih. Semoga Allah memberi rahmat kepada kalian semua....
1 comment:
bestkan..kenang zaman sekolah....tima kasih cikgu....
Post a Comment