Friday, May 8, 2009

.:: Komen berkait KPLI ::.

ini komen aku pada satu blog berkaitan KPLI
Assalamualaikum wrt wbt
Pohon kemaafan sekiranya komen saya ini lebih menjerumus kepada 'tidak bersetuju' terhadap apa yang dikatakan sebelum ini. Saya berterus terang di sini, pada 2004 saya juga turut dipilih mengikuti KPLI dibawah bidang saya iaitu Teknologi Maklumat.namun saya menolak atas dasar bahawa saya ingin ke bidang lain walaupun minat asal saya kepada perguruan ini amat tinggi dan semoga memberi peluang lebih kepada rakan-rakan lain di Malaysia.

Alhamdulillah pada tahun ini, isteri saya dipilih untuk mengikuti KPLI dibawah program seni visual (yang sememangnya adalah latarbelakang beliau).

Tidak adil bagi kita meletakkan program dan hasil graduan KPLI ini kepada sikap was-was atau pra sangka y ang sangat negative. YA, saya akui, proses yang singkat di dalam pelajaran dan ada sesetgh diplih ke dalam program yang tidak berkait rapat dengan latar belakang pendidikan. Namun, kenapa mereka ini dipilih? Pihak kementerian ada KPI-nya tersendiri di dalam membuat pemilihan pelajar.satu, proses mengisi boring, para calon perlu melihat sekurang-kurangnya wujud latar belakang pendidikan yang diperlukan. Kemudian, calon yg Berjaya di tapisan ini akan dipanggil untuk melaksanakan MTEST.

Di dalam proses ini, set soalan telah diwujudkan berdasarkan kecenderungan subjek yang dipilih. Setiap soalan kalau diamati, semmgnya hamper pasti jawapan semua betul. Dan proses semakan ini akan dilakukan oleh system perkomputeran yang canggih dan peratusan kecendurangan calon akan diketahui. Calon Berjaya lepasi MTEST akan dipanggil untuk temuduga. Perlu ingat, penemuduga bukan calang-calang orangnya. Ada yang berpuluh tahun di dalam dunia pendidikan. Soalan biasa tentang pendidikan akan jarang disoal. Dari sini penemuduga akan sendiri mengetahui keserasian calon itu. Contoh, isteri saya pelu mengajar kepada mereka bersama-sama papan putih dihadapan. Bayangkan mereka yg berjaya ditemuduga ini. Walaupun pandai bercakap, ilmu sebagai pendidik juga perlu ada dan dari itu, pihak penemuduga boleh melihat dengan sendirinya kebolehan calon itu, walau pun belum pernah ada pendedahan sebagai guru!

Apabila berjaya dan dimasukkan di Institut Perguruan Malaysia (IPGM), pelajar KPLI akan diberi pendedahan bagaimana untuk menjadi guru, termasuk menjalani praktikum.

Tidak adil bagi kita untuk menyalahi pelajar KPLI apalabila yang wujud hanya segelintir. Kita tidak perlu khuatir sistem pendidikan kita, yang Cuma perlu khuatir bagaimana kita mendidik anak-anak di rumah (saya mempunyai 3 anak ) dan pergaulan mereka seharian. Sehingga kini, pelbagia lemparan diberikena kepada graduan KPLI...tapi pernah terfikir ada juga guru-guru dari bidang pendidikan pun wujud seperti ‘ tidak sesuai jadi guru’?

SEGELINTIR...itu jawapan saya walau pun ia wujud. Pengalaman saya, memang wujud guru-guru seperti ini cuma bukan SEMUA.

Berbalik kepada itu, sekolah sebuah institusi pendidikan dan bukannnya tempat kita mengharap dan menjatuhkan tggjawab 100% mengenai didikan dan sivik serta keagamaan. Amanah bersama ini perlu juga dipertanggungjawab kepada ibu dan bapa serta tambahan dari guru. Jika yang berada, mungkin mencari pendidikan terbaik..dan kepada yang lain, berserah kepada apa yang ada...fikirkan, anak petani, pesawah atau pun yang tinggal di pendalaman (seperti Dato Seri Idris Jala, CEO MAS – Sarawak) boleh menjadi pemimpin dan tokoh korporat disegani walau belajar di dalam kedaifan? Jangan le kita bandingan dengan dunia luar, sedangkan kita masih baru di dalam perjalanan harian kita...

Jadi, jangan le kita salahkan KPLI atau meragui kepada sistem pendidikan (atau pun guru-guru di sekolah)...perlu ingat, sekolah pun ada KPI dia sendiri yang akan dipantau oleh kementerian juga pihak lembaga Nazir...murid berjaya, guru turut gembira...

P/S: ini jawapan dari rakan baik saya: KPLI tu rezeki org tu...rasanya bila dia dh dpt tu, tau lah camne dia nk hargai peluang tu kan

cikgu pun manusia biasa, ada yg dpt peluang,bersyukur dan menjadi cikgu yg baik
tp ada gak sebaliknya

2 comments:

kakLuna said...

hmm betul rasanya..Mtest sy x menggambarkan sy layak utk jd cikgu...

Anas said...

Luna: depends..bukan tak layak jadi guru..cuma mungkin bidang tue tak sesuai..ada byk lagi bidang