Wednesday, June 24, 2009

.:: berita hari ini ::.

dipetik daripada Berita Harian Online (www.bharian.com.my)
Pensyarah minta habuan seks, wang ditahan SPRM

Oleh Norfatimah Ahmadtim@bharian.com.my

CYBERJAYA: Seorang pensyarah warga asing di sebuah universiti swasta bertaraf antarabangsa di sini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta rasuah seks dan wang tunai bagi meluluskan peperiksaan pelajarnya. Pensyarah lelaki berusia awal 50-an itu ditahan, kira-kira jam 5 petang semalam, selepas SPRM menerima aduan daripada seorang pelajar perempuan universiti berkenaan. Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi Berita Harian malam tadi, mengesahkan penahanan pensyarah terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

"Perkara berkenaan masih dalam siasatan dan pengumuman lanjut mengenainya akan dibuat selepas kes itu selesai disiasat," katanya. Sumber memberitahu Berita Harian, selain habuan seks, pensyarah berkenaan turut mengambil sogokan berjumlah RM800 daripada pelajar terbabit sebagai ganjaran untuk meluluskan peperiksaan yang didudukinya. Suruhanjaya itu juga sedang menyiasat kemungkinan pensyarah itu pernah meminta rasuah yang sama daripada pelajar lain sebelum ini.

p/s: aku rasa mcm kes nie bukan baru..pernah juga dengar tapi tak tahu betul ke tidak...ada yang aku dengar kes bela kaum sejenis (gay) dan pondan...ntah ler...

3 comments:

Tiara said...

senangnya budak2 ni nk lulus pereksa no..

Anas said...

tue le..nak buat lagu mana..ada yg boleh je releks tak p kelas..exam confirm mesti tak tau jawab tapi still sambung study..pastu senang2 extend..

kakLuna said...

duit rm800 tu drpd bg kat lecturer tu baik la failed je pastu register lain