Monday, June 29, 2009

.:: Pensyarah kanan didakwa peroleh rasuah RM800 ::.

dipetik daripada utusan online (www.utusan.com.my)

Pensyarah kanan didakwa peroleh rasuah RM800
30/06/2009 11:29am


KLANG 30 Jun - Seorang pensyarah kanan sebuah universiti di Cyberjaya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperoleh rasuah wang tunai RM800 daripada seorang pelajarnya sebagai habuan dalam usaha menaikkan markah dan seterusnya meluluskan perempuan terbabit.

Krishna Prasad Pramulapati, 52, warga India didakwa memperoleh wang tersebut daripada S. Kumalini Devi, 24, sebagai dorongan untuk dia meluluskan kertas jawapan peperiksaan TCS 3211 bagi subjek Algorithm Analysis bertarikh 22 Jun lalu.


Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut pada pukul 5 petang, 24 Jun lalu di bilik FIT BR 4020 Blok B, Faculty Of Information Technology Universiti Multimedia, Persiaran Multimedia, Cyberjaya, Sepang dekat sini.

Krishna didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama. Jika sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana satu yang lebih tinggi.

Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin rakyat Malaysia dan menetapkan sebutan semula kes pada 3 Ogos.

Tertuduh diwakili peguam Arunan Selvaraj manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abd. Khairi. - Utusan

p/s: sama kes sebelum nie ka...dah le datang dari negara lain..

.:: Akta dipinda ujian memandu guna kereta auto ::.

dipetik dari harian Metro online (www.hmetro.com.my)

Akta dipinda ujian memandu guna kereta auto
KUALA LUMPUR: Dua akta akan dipinda bagi membolehkan kenderaan dengan gear automatik digunakan sebagai kenderaan ujian memandu, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hoi Chew berkata dua akta itu ialah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1994.

"Cadangan itu dijangka dapat dilaksanakan akhir tahun ini," katanya ketika menjawab soalan Norah Abd Rahman (BN-Tanjong Manis) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Terdahulu Norah bertanya bila pihak kementerian akan membenarkan penggunaan kereta automatik bagi ujian memandu kereta seperti yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara membangun. – Bernama

p/s: syok le sapa ambik lani..pakai auto je..bini aku pun bakal sama kot...

.:: Pelatih PLKN meninggal dunia ketika tidur ::.

dipetik dari harian Metro online (www.hmetro.com.my)

Pelatih PLKN meninggal dunia ketika tidur
KANGAR: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Giar Cenderai, Padang Besar, dekat sini, ditemui mati ketika tidur di kem terbabit, kira-kira jam 5 pagi tadi.Mayat Abdul Malik Ishak, 18, dari Kampung Relong, Jeneri, Sik dibawa ke bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF)untuk di bedah siasat.Polis sedang menyiasat kes kematian anak bongsu daripada tujuh beradik itu.

p/s: aku makin risau dengan perkembangan ini..pastinya ramai ibu bapa risau dalam menghantar anak meraka utk program ini..aku mungkin salah seorang daripadanya...

Thursday, June 25, 2009

.:: pop star dan pelakon meninggal

dapat news yang ada dua bintang fanous telah meninggal dunia..pop star michael jackson dan farrah fawcett pelakon yang famous dalam drama charlie angels zaman 70an dan 80an..wow...mmg jadi bualan hangat di US...farrah meninggal sebab cancer anal (hampa p carik le cancer apa nie) dan michael tak tahu lagi...

Farrah Fawcett


Michael Jackson

Wednesday, June 24, 2009

.:: berita hari ini ::.

dipetik daripada Berita Harian Online (www.bharian.com.my)
Pensyarah minta habuan seks, wang ditahan SPRM

Oleh Norfatimah Ahmadtim@bharian.com.my

CYBERJAYA: Seorang pensyarah warga asing di sebuah universiti swasta bertaraf antarabangsa di sini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta rasuah seks dan wang tunai bagi meluluskan peperiksaan pelajarnya. Pensyarah lelaki berusia awal 50-an itu ditahan, kira-kira jam 5 petang semalam, selepas SPRM menerima aduan daripada seorang pelajar perempuan universiti berkenaan. Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi Berita Harian malam tadi, mengesahkan penahanan pensyarah terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

"Perkara berkenaan masih dalam siasatan dan pengumuman lanjut mengenainya akan dibuat selepas kes itu selesai disiasat," katanya. Sumber memberitahu Berita Harian, selain habuan seks, pensyarah berkenaan turut mengambil sogokan berjumlah RM800 daripada pelajar terbabit sebagai ganjaran untuk meluluskan peperiksaan yang didudukinya. Suruhanjaya itu juga sedang menyiasat kemungkinan pensyarah itu pernah meminta rasuah yang sama daripada pelajar lain sebelum ini.

p/s: aku rasa mcm kes nie bukan baru..pernah juga dengar tapi tak tahu betul ke tidak...ada yang aku dengar kes bela kaum sejenis (gay) dan pondan...ntah ler...

Tuesday, June 23, 2009

.:: bab kedai makan ::.

aku cukup pantang kat kedai makan kalau tisu kena minta dengan nak basuh tangan guna sabun buku...kalau tisu tue mesti nanti ckp dah habis atau tak ada...kalau jadi mcm tue korang nak buat lagu mana..aku kalau 1st time tak apa..kalau berkali2..mmg kena sound direct le..ye le..kedai untung bukan rugi..dgn nak save berapa ringgit punya kedekut tahap cipan..mmg tak berkat rezeki le..ko bayangkan le tisu berapa sgt...dengan beza ko untung yg setiap hari lipat ganda boleh kata tisu tak ada dan habis...yg pasal sabun buku pulak..salah ke korang beli yg cecair tue..berlambak kat tesco yg murah...nie sabun buku berapa puluh org tgn yg kita tak tahu datang dari mana nak kongsi..geli aku...itu aku geli kalau org rumah siap muntah apa...

Monday, June 22, 2009

.::1st time aku minta pandangan ::.

kalau orang kata kita kat belakang sakit hati tak? selalu kita boleh buat andaian le yang bila si A dok kata si B..pastinya kat bila si A jumpa si B dia kata kat kita pulak?? faham tak situasi? kalau tak faham mmg sure hampa fail analitikal untuk ujian kpli..hahaha...tak ada le..itu kalau mcm tue ok le..kita tak tahu..tapi kalau hampa tetiba dgr secara kebetulan depa dok kutuk atau mengata kat hang mcm mana? tolong komen..hehehe...

Sunday, June 21, 2009

.:: viva ::.

Aku ingat kalau aku cat rumah parents aku dalam sebulan nie pastinya satu rumah berjaya diwarnakan dengan warna baru atau...aku yg tgh jalan pengsan..hahaha...aku dah bosan..gila ko..duduk sini tak buat apa2..tahap mengantuk kategori 5..kalau dok dalam pejabat aku dah tarik bantal nie..nak buat lagu mana...dok sementara dalam lab...

Semlm aku cuci motor, start engine..check apa-apa yg patut..aku tgk semua ok..siap gosok motor pastu bagi tayar nampak kilat..sekali pagi nie aku pergi rumah parents aku nak hantar aiman..tgk motor ada lagi..kereta bapa aku dah tak ada..awal pagi nie..perghh..comfirm bapa aku hantar wife aku..nie mesti ada buat pasal motor nie...sekali aku dapat tau tengkok dia terkunci..susah nak buka...nie kali keberapa ntah..buat aku sakit dan geram..dan suara-suara seblm nie..hang tak cuci ka..hang tak pi perbetui ka..arghh..aku baru je dok pesan kat wife aku (abg..nantikan..kena beli itu..ini..heheh) aku nak nafas lega sikit buat sementara.....nie suara2..sat gi aku beli viva baru tau tapi wife aku tak ada lesen kereta..aiseymen....

Saturday, June 20, 2009

.:: Selamat hari Bapa ::.

esok adalah hari Bapa..macam-macam gelaran lani..hari ibu..hari bapa..hari kanak²...hari guru..hari jururawat..etc..kira setiap kali datangnya hari istimewa ini pastinya kita pun akan mengikati kembali peristiwa yang sama ada sedih atau gembira..so, kepada bapa2 di luar sana selamat hari bapa...

nak citer sikit pasal bapa aku..umur dah dekat 69 tahun..bekas pesara RTM..kira bab makanan mmg power le (tgk le anak dia pun)..kalau demam mcm mana pun makan tetap selera..hehe..cuma apa yg penting ikut makan ubat dan selalu jumpa doktor...yang itu dia sungguh berdisplin..dulu aku igt mak aku selalu masak gulai (lani bini aku pun dak pandai masak gulai..cakap je apa nak..hehehe) bubuh dalam bekas aiskrim (magnolia kot) dgn bendi , ikan bawal dan sambal belacan..perghh..tarik..dgn bekas air (ayaq gas) yang full tank air ais paip (hairan gak..dulu tak payah pun tapis2 ek...cuma masak je)..sellau kalau dia keje malam itu le bekal nya..sbb dia keje shift..pagi2 hari..ptg 2 hari..malam 2 hari..off 2hari..sempoi kan keje gomen mcm tue....so, selalu tgh malam kdg2 di abalik rumah..mungkin tgk2 kami mcm mana.so dlm kul 11 selalu dia balik dan pukul 12 lebih dia pi balik keje...dan time tue kadang2 dia bawa balik bekal yg tak habis..mungkin sibuk tak sempat makan..apa lagi...aku le uyg paling syok..makan..hehhe

itu le serba sedikit kenangan yg aku coretkan...byk kalau nak tulis ..ada pahit ada manis..tapi bapa aku mmg garang...tapi aku bangga le..at least anak2 dia semua berjaya...dua2 main peranan baik..mak dan bapa aku..aku pulak bongsu..boleh kata rapat juga le dari 3 lain..selalu le aku yg bye2 bapa aku nak p kerja...selalunya aku le minta apa dan selalunya dapat (aku tak minta mahal2..selalunya program susu kotak yg kat sekolah rendah tue je..aku selalu beli paling byk) dan lani sejak aku pindah dekat sikit dgn rumah parents aku..dia mmg kerap datang rumah..tgk2 cucu2nya..aku jadi risau juga kebelangkan nie dia kdg2 termenung..ye le..dgn usia dia..aku jadi risau dan berdoa agar tidak ada perkara-perkara yg boleh merisaukan aku ketika ini...aku kagum dia..umur 69 tapi masih gagh seperti baru saja pencen...hmm...itu le bapa aku..HAJI ISMAIL BIN CHE ROSE..

kepada bapa aku (walau dia tak guna internet) selamat hari bapa..

p/s: kalau korang nak tahu..bapa aku le yg paling terror guna komputer pada awal2 dulu..kami 4 beradik pun terror gak cuma dia sanggup beli pc yg time tu harga 6k..dan aku time tue mcm tak caya je takut nak guna pc.....dan aku rasa sejak bapa aku beli pc le buat aku ke bidang ini...lebih terror dari siblings aku (hahahha..)

Friday, June 12, 2009

.:: pantang aku org korek hidung time solat ::.

aku cukup pantang time sembahyang org korek hidung dan tenyeh2 dengan jentik2 macam ke arah aku..pantang tok nenek aku tapi apa nak buat..dah dalam solat..pastu pulak tak kusyuk le aku no...ish..ish..tue le sikap bangla..pak arab etc...mmg jenis solat boleh bergerak byk...pastu buat benda tak senonoh..dah tue jentik2..hang sapu je le kat baju hang..hehe...rasa dah bagi salam tadi nak bagi sepak je kat budak tu tapi masih igt hari ni Jumaat..aku cool down le..masa nak ambik wudhuk pun mcm tue..terpelanting air basuhan kaki sampai naik kepala..mmg dgn puak2 nie kena sabar je...tue le..pengalaman aku masa di Makkah tak le serasa mcm di sini walau kat sana lagi le ramai dan mcm2 jenis kaum dan bangsa..sini..mungkin yg mai sini tak ada perangai nak ikut adat org kot..tak ada rasa hormat negara org..rasa depa hebat???

Thursday, June 11, 2009

.:: musim cuti sekolah ::.

kalau masuk cuti sekolah, korang rasa apa yang citer paling hebat...hmm....yang aku tahu. ler....time nie kalau yg sakit (still bukan parents budak-budak )...tapi kepada atok dan nenek mereka..hehe..ye la..dah cuti..mak bapa ambik jalan mudah tinggalkan depa kat kampung...takut sbb rumah jadi huru hara dan meraka tak leh control..rasa aku le..

tapi bukan aku nak citer kes tue cuma aku pelik ...bila cuti je pasti ada pelajar sekolah yg lemas..pastu tercedera etc...mcm mana tue? kira sebelum nie byk juga pertikaian tentang keselamatan di sekolah..dan ada yang marah kata guru sekarang tidak menjaga mutu pendidikan anak2 (bukan semua yer..marah pulak org lain)..tapi..nahh..kalau nak bukti terbaik..masa ini le..dengan cuti selama 2 minggu boleh le tunjuk adakah kita pun pandai mendidik anak-anak sepanjang hari? dan ada yang ambik pendekatan menswastakan kasih sayang anak-anak? (kira hantar tusyen..ambik bibik...)

tapi last sekali tgk..kejadian sama berulang...tapi kalau korang tgk time raya..kes main mercun pulak...aku pun jadi risau walau anak-anak ku masih kecil...sebab tak tahu aku boleh mengawal sebaik mungkin atau tidak..hanya beserah kepada Allah SWT...yang pasti aku tak sama seperti guru-guru diluar yang sentiasa berdepan dengan pemasalahan dunia luar..dan mereka akan sentiasa memperbaiki kelemahan melalui pengalaman lepas...aku?? sekali kena lempang terus kot...hahahahhaha

.:: aku mengantuk ::..

Gile lama aku tak update..mama mula-mula berkobar-kobar nak buat blog le apa le..tapi lani dah jadi lain..aku ada idea tapi lani dah sementara dok dalam partition2 yg mmg tak kebebasan...hehe..aku simpan le dulu niat aku nak tulis byk2.... korang tahu shukery hashim dah meninggal? barun ie je aku ada baca dalam kosmo pasal penderitaannya...baru je aku share dgn bapa aku yang dia sakit sekian-kian yang membuat muka bapa aku terus berubah wajah..ye la..dia lagi tua dari shukery hashim... aku dok plan le nak buh gambaq2 koleksi anak-anak ku..kira dari baby sampai dah besar sikit..last2 software nak pakai payah nak install dalam window vista..aduhai..terbantut..oh ya..kenapa aku nak buat ek..pasal aku tak ada tugasan lagi..sbb aku kena pergi jabatan yang patut aku bertugas baru ada kerja..patut training tapi aku rasa sbb depa dah kenal dan tahu aku pernah buat apa..depa pun buat mcm aku dah mula keje dgn projek


..perghhh... bila teringat pasal keje ..aku terjumpa le gamabr² aku masa bekerja di usm ni..byk juga gambar power...salah satu nie..gambar aku chair meeting..sebelah kanan aku (kiri kalau ikut gambar tue YB Farid...YB Pulau Betong..nie tahun 2007..kira lani pun still dia lagi..adun sana..ada budak-budak mass comm buat projek pasal kecekapan tenaga....aku jadi penasihat..kira YB tue masa aku jumpa kat pejabat daerah balik pulau..dia leh ckp..u chair meeting sbb saya tak tahu apa-apa agenda yg nak mesyuarat nie..nasib baik aku cool je...dan yg best..aku (guna kabel bapa aku) pi RTM pulau pinang..minta depa buat interview..patut boss aku..last2 aku yg di interview..yg syok slot tue dimasukkan dalam tempoh sehari je..padahal kalau nak minta slot kena sebulan awal..pasal apa..pasal aku anak Mail Che Ghoih (Ismail Che Rose)..kira situ mmg bapa aku glamour le..dulu TA sana... ok le..nanti sambung lain..aku lapaq nie....





p/S: bab Shukery Hashim meninggal..aku kena kredit kat Tiara..nah..ambik hang..aku dah tulih...hahahha

Monday, June 1, 2009

.:: kerja tempat baru ::.

Dah masuk hari kedua hari nie..mcm biasa..tak ada tugasan spesifik memandangkan tempat baru aku agak sibuk..dan aku hanya dok sini sebulan dan akan mula bertugas di bertam..seberang le..wife aku pun balik kampong kejap semlm dengan anak sulung dan bongsu ku ikut sama..mak dia kena buat laser pada mata sbb dah jadi buta sementara baru-baru nie sebb ada darah beku ..so bini aku pun balik sana..dah cuti sekolah pulak..aku dok sorang2 lagi..adui..dah minggu lepas kena tinggal..minggu nie lagi kena tinggai..

Semlm pi bg borang keje... aku suruh kakak aku baca..dia nie pakar sikit sbb detail dia baca..esok pulak dia nak p Singapore..melancong..ye la..cuti sekolah..best gile..naik flight lagi…
Ok le..aku pun dah blur…sbb panas gak bilik sementara aku nie..adios